KURSUS STQS1913
STATISTIK GUNAAN

Semester II Sesi 2004/2005

Unit : 3
Prasyarat : Tiada
Pensyarah : Dr. Liong Choong Yeun (Bilik 1112)
PPSM, FST
Mel-e : lg@pkrisc.cc.ukm.my
(Sila ketuk pintu saya / tinggalkan pesanan sebab pintu saya biasanya dirapatkan)
Masa Kuliah : Jumaat 16:00-19:00 DKG-126
 
Makmal : Selasa 10-12 (Makmal 2, PPSM)
Perjumpaan : Rabu 5-6 Khamis 3-4

Pengenalan

Kursus ini diharap akan mendedahkan para pelajar kepada kaedah-kaedah asas dalam analisis berstatistik. Contoh-contoh yang bersesuaian bagaimana kaedah statistik diaplikasikan dalam bidang sains gunaan akan dikemukakan untuk memperkenalkan penggunaanya. Penekanan adalah kepada aspek amalannya, dan bukan kepada aspek teori matematiknya.

Objektif Kursus:
  • Memahami konsep atau teori statistik sebelum sesuatu kaedah statistik itu dipilih.
  • Memahami konsep kaedah statistik serta tahu melakukan analisis data.
  • Mampu menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Excel untuk kemasukan data serta melakukan analisis berstatistik.
  • Buku Teks:
  • Mann, P. S., 2004, 5th. Ed. Introductory Statistics, John Wiley & Sons. +
    Mann, P.S. & Curl, J.C., 2004, Student Study Guide, 5th Edition,John Wiley & Sons.
    – teks utama: sekitar 800ms, ada terjual di Pejabat Am, PPSM.
  • Buku Rujukan Lain:
  • Keller G., 2001. Applied Statistics with Microsoft Excel, Duxbury: Thomson Learning.
  • Johnson R. & Kuby P., 2004. 9th Ed. Elementary Statistics, Brooks & Cole: Thomson Learning.
  • Nur Riza Mohd. Suradi et. al., 2003, Pentaabiran Statistik (Nota Ringkas dan Latihan Kendiri), Ovegreen Sdn. Bhd.
  • Mohd. Kidin Shahran, 1995. Statistik perihalan dan kebarangkalian, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Mansor b. Jusoh, 1986. Pengantar Ilmu Perangkaan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Walpole, R. E. & Meyer, P. L., 1987. Kebarangkalian dan Statistik untuk Jurutera dan Ahli Sains, Terj. Mokhtar Abdullah & Zainodin Hj. Jubok. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Penilaian Kursus
    1. Tugasan (Berkomputer) 10 %
    2. Projek Berkumpulan 15 %
    3. Peperiksaan Pertengahan Semester 25%
    4. Peperiksaan Akhir 50 %

    Jadual Perkuliahan (Kandungan Kursus)
    Minggu Tajuk Kuliah
    1 Pengenalan kepada Kursus
    Pengenalan kepada Statistik
    2 Teknik Perihalan Grafik
    3 Teknik Perihalan Berangka untuk Data Selang
    4 Kebarangkalian
    5 Pemboleh ubah Rawak dan Taburan Kebarangkalian Diskret
    6 Taburan Kebarangkalian Selanjar
    7 Persampelan dan Taburan Persampelan
    8 Pengenalan kepada Penganggaran
    9 Pengenalan kepada Pengujian Hipotesis
    10 Pengujian Hipotesis terhadap Parameter Populasi Tunggal
    11 Pengujian Hipotesis terhadap Parameter Dua Populasi
    12 Analisis Varians
    13 Ujian Khi Kuasa Dua
    14 Regresi Linear Mudah dan Korelasi
    15 Regresi Linear Berganda

    *Kedatangan ke kuliah mestilah melebihi 80%

    *Kedatangan akan diambil

    *Bahan kuliah terkini - sila lihat ke seksyen "Pautan Kursus Terkini" laman ini