Buku Istilah Fizik
PENDAHULUAN
Buku istilah Fizik I ini mengandungi 8 204 istilah bahasa Inggeris-bahasa Malaysia dan jumlah istilah yang sama banyak dalam bahasa Malaysia-bahasa Inggeris. Istilah-istilah di dalam buku ini telah dikumpulkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Peristilahan Fizik Antara Universiti (JPFAU) yang mewakili kesemua universiti tempatan.
Pengumpulannya dilakukan mengikut subbidang Fizik seperti yang berikut:
Walau bagaimanapun, istilah-istilah ini hanyalah merupakan istilah-istilah umum yang sering digunakan dalam subbidang-subbidang tersebut. Pengumpulan istilah-istilah yang lain dalam subbidang yang lebih kecil iaitu:
yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran bidang Fizik di peringkat yang lebih lanjut sedang diusahakan.
Sebelum ini Dewan Bahasa dan Pustaka telahpun menerbitkan sebuah buku istilah Fizik yang berjudul Senarai Istilah Fizik, 1980 (Cetakan Kedua 1981). Buku ini bertujuan untuk menepati keperluan sektor persekolahan. Oleh berbagai-bagai sebab yang tidak dapat dielakkan, terdapatlah beberapa perubahan dan perbezaan istilah di antara buku Istilah Fizik I dengan Senarai Istilah Fizik.
Pindaan yang telah dilakukan hanyalah kepada istilah yang dianggap perlu diubah sahaja. Di antara sebab-sebab perubahan yang dianggap itu ialah pengkhususan untuk peringkat pengetahuan yang lebih tinggi. Pindaan-pindaan yang dibuat adalah:
1. Pindaan untuk menyesuaikan makna
Contoh:
Bahasa Malaysia |
||
Bahasa Inggeris |
Senarai Istilah Fizik |
Istilah Fizik I |
1. ambient temperature 2. balance weight |
suhu sekeliling bobot/batu penimbal |
suhu ambien batu timbang/ pemberat
|
Bahasa Malaysia |
||
Bahasa Inggeris |
Senarai Istilah Fizik |
Istilah Fizik I |
3. direct impact
4. flint 5. major axis 6. fragment 7. leap year |
hentaman tepat
flin paksi utama/major fragmen tahun Kabisat
|
hentaman terus/ hentaman langsung batu api paksi major serpihan tahun lompat
|
Dalam hal "ambient temperature" JPFAU berpendapat bahawa "suhu sekeliling" hanya memberi maksud "surrounding temparature" padahal "ambient temperature" mempunyai maksud yang lebih spesifik yang perlu dibezakan dengan "surrounding temperature".
Begitu juga halnya dengan "direct impact". Jika "hentaman tepat" diambil sebagai istilah untuknya, ini mungkin difahamkan sebagai "exact impact". Dalam kes "major axis" pula "paksi utama" ditolak oleh sebab istilah ini mungkin dikelirukan dengan "principal axis" "Batu timbang" atau "pemberat" memang sudah terdapat dalam masyarakat Melayu. Benda yang sama itulah dipanggil "balance weight" dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab nama yang memang sudah ada digunakan dalam masyarakat Melayu itu tidak mengelirukan , FPFAU berpendapat bahawa penggunaan kata "bobot/batu penimbal" itu tidak wajar dan sengaja diada-adakan. Perkara yang sama juga berlaku kepada istilah bahasa Inggeris "flint" dan "fragment".
2. Pindaan Imbuhan
Adakalanya pindaan yang dibuat ke atas istilah itu ialah pindaan terhadap umbuhan sahaja. Ini adalah perlu memandangkan imbuhan dapat memberikan perubahan pengertian dan boleh meletakkan satu-satu istilah itu ke dalam kelas kata yang berlainan.
Contoh:
Bahasa Malaysia |
||
Bahasa Inggeris |
Senarai Istilah Fizik |
Istilah Fizik I |
1. accelerating lens 2. balanced circuit 3. demagnetize |
kanta pemecutan litar terimbang awamagnet |
kanta pemecut litar seimbang nyahmagnet |
Dalam contoh 1, "accelerating" memberi pengertian "sesuatu yang menyebabkan pecutan" oleh itu "pemecut" lebih sesuai daripada "pemecutan" yang membawa makna "proses".
Dalam contoh 2, kaka "seimbang" lebih hampir kepada penggunaan dalam pengertian harian daripada "terimbang".
Dalam contoh 3, Senarai Istilah Fizik menggunakan imbuhan "awa-" sebagai istilah kepada imbuhan Inggeris "de-". Ini disebabkan pada peringkat awal ada pendapat yang mengasingkan "de-" boleh memberi dua pengertian, iaitu "yang mengasingkan" dan "yang dibuang". Oleh itu "awa-" digunakan sebagai terjemahan kepada "de-" yang memberi maksud "yang diasingkan". Tetapi oleh sebab keputusan itu membawa kepada kesukaran menentukan sama ada satu-satu proses itu "mengasingkan" atau "membuang", JPFAU menolak penggunaan imbuhan "awa-".
3. Tambahan Istilah
Adakalanya istilah terbitan ditambah untuk satu-satu kata bahasa Inggeris.
Contoh:
Bahasa Malaysia | ||
Bahasa Inggeris | Senarai
Istilah Fizik |
Istilah
Fizik I |
compression | mampatan | pemampatan;mampatan |
distortion | erotan | herotan;pengherotan |
distillation | penyulingan | sulingan;penyulingan |
collimation | pengkolimatan | kolimatan;pengkolimatan |
Akhiran "ion-" dalam bahasa Inggeris mendukung dua pengertian dalam bahasa Malaysia iaitu (1) hasil dan (2) proses. Oleh itu JPFAU mencadangkan kedua-dua pengertian diberikan istilahnya. Pemilihan istilah yang harus diguna hendaklah dibuat mengikut konteks tertentu.
4. Pindaan Ejaan
Penyesuaian juga telah dilakukan terhadap ejaan beberapa istilah supaya selaras dengan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.
Contoh:
Bahasa Malaysia | ||
Bahasa Inggeris | Senarai
Istilah Fizik |
Istilah
Fizik I |
distortion | erotan | herotan |
Istilah-istilah bahasa Malaysia di dalam buku ini telah dibentuk, disemak dan diselaraskan dengan kehendak Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia yang secara rasmi telah diisytiharkan penggunaannya mulai 31 Ogos 1975, dan pedoman-pedoman tambahan yang disahkan oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, JPFAU sedar bahawa ada banyak perkara lagi yang perlu dibaiki. Oleh itu, dengan hati yang terbuka JPFAU sedia menerima apa-apa teguran dan cadangan daripada semua pihak.