Bahan Kamus Haba Yang Telah Diedit
473 Menara pendingin
Menara yang mengandungi udara atmosfera yang berputar bagi menyejukkan air panas secara sentuhan terus.
475 superhaba
Haba di dalam gas yang melebihi nilai yang diperlukan untuk mengekalkan fasa gas tersebut.
478 Mesin diatherma
Mesin yang terdiri dari pengayun pada frekuensi radio yang digunakan untuk menjana arus elektrik berfrekuensi tinggi bagi menghasilkan haba dalam tisu jasad untuk tujuan terapi..
479 Mesin pendingin
Mesin yang mempunyai suatu sistem aliran tertutup dengan bahan penyejuknya dimampat, diterpeluwap dan dikembangkan bagi menghasilkan penyejukan pada suhu rendah dan mengeluarkan haba pada suhu tinggi dari kawasan terkawal .
480 Meter bahang/bolometer
Alat untuk mengukur tenaga sinaran elektromagnet pada julat jarak gelombang tertentu dengan menggunakan kesan perubahan rintangan dalam konduktor tipis yang disebabkan oleh kesan pemanasan oleh sinaran tersebut.
481 Meter wap
Alat untuk mengukur tekanan wap sesuatu sebatian, terutamanya alkohol cair, untuk mengentahui kandungan alkohol dalam sebatian tersebut.
483 Modulus pukal isoterma
Modulus kenyal bagi sesuatu jasad yang mengalami ketegasan yang dikenakan pada seluruh permukaan jasad tersebut tanpa mengalami perubahan suhu.
484 Modulus Young isoterma
Modulus kekenyalan bagi sesuatu rod atau wayar yang diregang secara membujur atau rod dimampat secara membujur tanpa mengalami perubahan suhu.
489 Muatan haba
Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikan suhu sistem sebanyak satu darjah pada keadaan tertentu, biasanya pada tekanan malar atau isipadu malar.
493 Muatan haba pada isipadu malar
Muatan haba sesuatu sistem pada isipadu malar.
494 Muatan haba pada tekanan malar
Muatan haba sesuatu sistem pada tekanan malar.
495-496 Muatan haba tertentu
Nisbah antara muatan haba sesuatu bahan terhadap muatan haba bahan rujukan iaitu air. Kedua-dua muatan haba ini diukur pada tekanan malar atau isipadu malar.
498 Neutron terma
Kumpulan neutron dalam sesuatu bahan yang mempunyai taburan tenaga yang menyamai taburan Maxwell.
499 Nilai Dulong - Petit
(lih. Hukum Dulong - Petit)
500 Nilai pemanas
Kuantiti haba yang dihasilkan oleh pembakaran satu unit jisim atau satu unit isipadu sesuatu bahan bakar pada keadaan tertentu.
502 Nisbah haba tentu
Nisbah antara haba tentu pada tekanan malar, Cp, terhadap haba tentu pada isipadu malar, Cv, ditulis sebagai
505 Nombor Avogadro
Bilangan molekul dalam satu gram molekul sesuatu sebatian, menyamai 6.02 x 1023.
506 Nombor Grashof
Nombor tak berdimensi yang digunakan untuk mengkaji perolakan bebas sesuatu bendalir yang disebabkan oleh jasad panas., menyamai
507 Nombor Nusselt
Nombor tak berdimensi yang digunakan untuk mengkaji perolakan paksa yang merupakan nisbah pemindahan haba keseluruhan terhadap pemindahan haba konduktif, menyamai
508 Nombor penghunian
Bilangan zarah dalam sesuatu keadaan kuantum.
510 Nyala datar/nyala rata
Nyala berbentuk leper hasil pembakaran campuran bahan api dan udara yang keluar menerusi ‘muncung’ segi empat bujur.
515 Ohm terma
Satu unit rintangan terma yang bersamaan dengan rintangan terma pada keadaan perbezaan suhu 1 kelvin dan menghasilkan aliran entropi 1 watt per kelvin.
516 rawatan haba
Pemanasan atau penyejukan logam atau aloi bagi menghasilkan bahan bersifat tertentu.
518 Olakan haba
Pemindahan tenaga haba menerusi pergerakan sendiri bahan dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain.
520 Pam haba
Pam yang memindahkan haba dari takungan sejuk ke takungan panas.
pancaran haba (Ig. thermal radiation)
Pancaran tenaga dalam bentuk gelombang elektromagnet oleh sesuatu jasad disebabkan oleh suhunya
521 Pancaran termion
Pemancaran elektron atau ion dari suatu bahan hasil pemanasan.
524 Paradoks Gibb
Paradoks yang menyatakan bahawa penambahan entropi berlaku apabila dicampurkan dua isipadu gas yang berasingan daripada jenis yang sama dan berada pada tekanan dan suhu yang sama.
528 Pecahan mol
Nisbah antara nombor mol sesuatu komponen bahan campuran atau larutan terhadap nombor mol semua komponen campuran atau larutan tersebut.
533 Pekali Joule-Kelvin
Nisbah perubahan suhu terhadap perubahan tekanan pada entalpi malar. Lih. kesan Joule-Kelvin.
535 Pekali kekonduksian terma
Nisbah aliran haba yang merentasi permukaan perunit luas perunit masa terhadap kadar perubahan suhu perunit jarak pada arah yang serenjang dengan permukaan tersebut.
537 Pekali pengembangan isipadu
Nisbah penambahan isipadu terhadap isipadu asal bahan bagi kenaikan suhu 1o pada tekanan malar.
538 Pekali pengembangan linear
Nisbah penambahan panjang terhadap panjang asal bahan bagi kenaikan suhu 1o pada tekanan malar.
539 Pekali pemindahan haba
Nisbah kadar pemindahan haba terhadap luas medium yang dilaluinya apabila perbezaan suhu antara dua sempadan medium ialah 1o.
540 Pekali prestasi
Nisbah haba yang diterima oleh enjin haba pada suhu sejuk dalam suatu kitar penyejukan terhadap haba yang dibekalkan untuk menjalankan kitaran tersebut.
541 Pekali suhu
Nisbah perubahan kuantiti fizik tertentu terhadap suhu, misalnya rintangan bagi konduktor atau penurunan voltan merentasi tiub vakum.
542 Pekali tekanan
Nisbah perubahan tekanan terhadap perubahan suhu pada keadaan tertentu, biasanya pada isipadu malar.
546 Pelembap (Ig. humidifier)
Alat untuk membekalkan kelengasan kepada udara bagi mengekalkan paras kelengasan yang dikehendaki.
547 Pelembapan
Proses untuk menambah kandungan wap air dalam gas.
548 Pelesapan tanaga (Ig. dissipation)
Kehilangan tenaga yang biasanya diubah kepada tenaga haba dan diukur secara kuantitatif sebagai kadar kehilangan tenaga yang berlaku.
549 Pemalar Boltzman (Ig.
Nisbah pemalar gas semesta terhadap nombor Avogadro. Nilainya ialah (1.380622 X 10-23 JK-1).
550 Pemalar gas mol (Ig. molar gas constant)
Nisbah tekanan gas didarab isipadu molarnya terhadap suhu.
551 pemalar gas semesta (Ig. universal gas constant)
Pemalar R yang berlaku untuk semua jenis gas dalam persamaan gas unggul PV = nRT , dengan P ialah tekanan, V ialah isipadu, T ialah suhu, n ialah bilangan mol, dan R bernilai 8.3143 X 103 joule/kgm-mol-dar.
553 pemalar genting (Ig. critical constant)
Suhu, tekanan, dan isipadu yang mencirikan sesuatu gas pada titik genting. lih. suhu genting.
554 pemalar Gruneisen (Ig. Gruneisen constant)
Pemalar g yang terdapat dalam persamaan yang menghubungkan pekali pengembangan linear b dengan kertermampatan K dan haba tentu Cv, iaitu, b = Kg Cv/3V, dengan V ialah isipadu.
555 pemalar keseimbangan (Ig. equilibrium constant)
Pemalar pada suhu tertentu apabila tindak balas kimia boleh berbalik
cC +bB = gG + hH mencapai kesaimbangan. Nilai pemalar ini bersamaan dengan
dengan aG, aH, aC dan aB ialah aktiviti kimia bagi spesies G, H, C dan B pada keseimbangan.
557 pemalar krioskopi (Ig. cryoscopic constant)
Pemalar dalam persamaan penurunan takat sejuk beku cecair tulen apabila bahan lain dilarutkan di dalamnya, iaitu, D t = Kf C m , dengan Cm ialah kepekatan molar bahan terlarut dan Kf ialah pemalar bagi pelarut yang digunakan.
588- pemalar Planck (Ig. Planck constant)
Pemalar h dalam persamaan E = hf, dengan E ialah tenaga foton, f ialah frekuensi foton, dan h bernilai 6.6262 x 10-34 joule-saat.
562 pemalar Stefan-Boltzmann (Ig. Stefan-Boltzmann constant)
Pemalar "sigma" dalam persamaan E = "sigma"T4, dengan E ialah tenaga yang dipancarkan per unitluas oleh jasad hitam, T ialah suhu jasad, dan "sigma" bernilai 5.6696 x 10-8 Watt meter-2 kelvin-4.
564 pemampat (Ig. compressor)
Mesin yang digunakan untuk menambahkan tekanan gas, wap atau bendalir.
565 pemampat aliran paksi (Ig. axial-flow compressor)
Pemampat bendalir yang memecutkan bendalir selari dengan arah paksi gandar berputar.
566 pemampatan isoterma (Ig. isothermal compression)
Pemampatan yang dilakukan pada suhu malar
567 pemanasan aerodinamik (Ig. aerodynamic heating)
Pemanasan jasad yang dihasilkan oleh laluan udara atau sebarang gas pada permukaan jasad tersebut. Kesan ini disebabkan oleh proses geseran dan pemampatan, terutamanya pada kelajuan yang tinggi.
568 pemanasan aruhan (Ig. induction heating)
Penambahan suhu sesuatu bahan yang disebabkan oleh arus elektrik aruhan.
569 pemanasan Joule (Ig. Joule heating)
Pemanasan yang terhasil oleh arus elektrik yang mengalir menerusi suatu rintangan.
570 pemanasan lampau (Ig. overheating)
Pemanasan logam atau aloi pada suhu tinggi yang tidak mengubah sifat fizik bahan tersebut.
572 pemantul unggul (Ig. ideal reflector)
Jasad yang memantulkan kesemua pancaran tuju tanpa sebarang penyerapan.
574 pemberat statistik (Ig. statistical weight)
keadaan kuantum, biasanya sama dengan bilangan subkeadaan terdegenerat yang terkandung dalam sesuatu keadaan.
575 pembolehubah intensif (Ig. intensive variable)
Pembolehubah yang tidak bersandar pada jumlah jirim sesuatu bahan, misalnya suhu, ketumpatan, dan tekanan.
577 pemejalwapan (Ig. sublimation)
Proses transformasi secara terus daripada fasa pepejal kepada fasa wap, atau sebaliknya, tanpa melalui fasa cecair.
581 pemindahan haba (Ig. heat transfer)
Aliran haba dari satu jasad ke satu jasad lain menerusi kaedah pancaran, olakan, atau konduksi.
583 Pemindahan haba konduksi
Aliran haba menerusi bahan tanpa menampakkan pergerakan mana-mana bahagian bahan tersebut apabila terdapat perbezaan suhu.
584 penaikan takat didih
Kenaikan takat didih sebatian cecair tulen akibat kehadiran sebatian terlarut.
585 pencecair Collins
Pencecair helium yang menggunakan kesan Joule-Thomson.
586 pencecair helium
Alat yang mencecairkan gas helium menerusi kaedah pengembangan gas secara adiabatik dan menjalani kerja luaran.
589 pencecairan
Penukaran fasa pepejal atau gas kepada fasa cecair.
591 pencecairan gas
Proses penukaran fasa gas kepada cecair, biasanya menerusi kaedah penyejukan dan pemampatan.
595 pendidihan
Peralihan fasa sesuatu bahan daripada keadaan cecair kepada keadaan gas.
pendingin serapan
Alat pendingin yang dihasilkan oleh pengembangan cecair ammonia kepada gas dan kemudian gas itu diserap oleh air; ammonia tersebut digunakan semula selepas air tersejat.
97 pendingin serapan ammonia
Pendingin serapan yang menggunakan ammonia sebagai bahan penyejuk yang berkitar.
601 pengarasan barometer
Pengukuran perbezaan aras tinggi hampiran dengan bantuan barometer bagi kerja survei.
602 pengembangan adiabatik
Pengembangan gas tanpa mengalami pembebasan dan kemasukkan tenaga haba ke dalam gas tersebut.
604 pengembangan Joule-Thomson
Pengembangan adiabatik dan tak berbalik bagi bendalir yang mengalir menerusi palam berliang atau injap separuh terbuka.
608 pengewapan
Pertukaran bahan dari fasa pepejal atau cecair kepada fasa gas menerusi penambahan haba atau penurunan tekanan atau gabungan kedua-dua kaedah ini.
609 pengegelan semula
Fenomena pada ais atau sebarang bahan yang mengembang apabila membeku, mencair pada tekanan tinggi, dan membeku semula apabila tekanan diturunkan.
612 penghasilan suhu rendah
Penurunan suhu daripada kira-kira 80K kepada hampir 10(-6)K dengan kaedah tertentu, seperti pengembangan isotropik gas, kitar penyejukan, dan penyahmagnetan adiabatik.
613 pengionan terma
Pengionan gas yang berlaku apabila gas berada pada keseimbangan terma pada suhu tertentu dan bebas daripada pengaruh luar, dan pengionan ini meningkat apabila suhu bertambah.
615 pengkonduksi haba lemah
Bahan yang mempunyai kekonduksian terma yang rendah.
(lih. kekonduksian terma)
622 penukar ganti haba
Peranti yang memindahkan haba dari satu bendalir ke satu bendalir lain atau ke sekitaran.
624 penukaran fasa (Ig. change of phase)
Perubahan keadaan sesuatu bahan daripada satu fasa kepada fasa yang lain. Contohnya, perubahan daripada pepejal kepada cecair, atau perubahan daripada cecair kepada gas.
625 penunu Bunsen (Ig. Bunsen burner)
Pembakar gas yang bekalan udara kepadanya boleh dilaras.
626 penunu sembur (Ig. blast burner)
Penunu yang pencahayaan gasnya dikawal oleh letusan oksigen atau udara yang tekanannya terkawal.
628 penyahlembap (Ig. dehumidifier)
Alat yang berfungsi untuk mengurangkan jumlah wap air di dalam atmosfera ambien.
629 penyahmagnetan adiabatik (Ig. adiabatic demagnetization)
Kaedah menyejukkan garam paramagnet hingga ke suhu 10-3K. Mula-mula sampel ini disejukkan hingga ke suhu didih helium di dalam medan magnet kuat yang ditebatkan secara terma dan kemudian dialihkan dari medan magnet itu untuk dinyahmagnetkan.
631 penyalaan mampatan (Ig. compression ignition)
Penyalaan di dalam enjin pembakaran dalaman yang dihasilkan menerusi mampatan udara di dalam silinder sebelum bahan api dimasukkan.
632 penyaman udara (Ig, air conditioner)
Alat penyejukan untuk memberikan keselesaan di dalam bangunan atau kenderaan dengan menurunkan suhu dan mengurangkan kelembapan udara.
633 penyejatan (Ig, evaporation)
Penukaran fasa cecair kepada fasa wap dengan membekalkan haba pendam kepada cecair itu.
634 penyejuk (Ig. coolant)
Bahan, biasanya bendalir, yang digunakan untuk menyejukkan seluruh bahagian reaktor dan alat-alat lain yang mengeluarkan haba.
635 penyejukan magnet (Ig. magnet cooling)
lih. penyahmagnetan adiabatik.
636 penyejukan sejatan (Ig. e
Penurunan suhu yang besar sesuatu jisim bendalir dengan menggunakan haba pendam pengwapan bendalir tersebut.
617 konduksian terma
Pemindahan haba menerusi sesuatu jasad tanpa pergerakan mana-mana bahagian jasad tersebut.
637 penyerap haba
Jasad yang menyerap sinaran haba. Jasad berpermukaan hitam ialah penyerap yang baik, sementara permukaan yang cerah dan berkilat kurang menyerap haba.
638 Penyerapan haba
Penyerapan sinaran haba yang akan menambahkan suhu jasad penyerap.
639 Penyinar
Jasad yang memancarkan tenaga sinaran.
641 Penyinar unggul
Jasad yang menyerap keseluruhan sinaran tuju tanpa mengalami sebarang pantulan (bd. Jasad hitam).
643 Peralihan fasa
Perubahan keadaan bahan daripada satu fasa kepada satu fasa yang lain.
644 perejanan
Proses yang menyebabkan jasad bergerak dengan mengenakan daya ke arah yang berlawanan.
645 perejanan jet
Perejanan roket atau sebarang kapal angkasa yang enjin jetnya menghasilkan gas pada bahagian belakang enjin pada halaju yang tinggi.
646 peringkat peralihan fasa
Perubahan fasa yang melibatkan haba pendam dan perubahan sifat fizik, seperti perubahan ketumpatan, secara tiba-tiba.
647 rintangan terma (Ig. thermal resistance)
Ukuran keupayaan sesuatu jasad bagi menghalang haba daripada mengalir menerusinya.
657 hukum kedua Kelvin-Planck
Hukum yang menyatakan bahawa suatu kitaran tidak mungkin mengambil haba daripada takungan dan menukar keseluruhan tenaga haba ini kepada tenaga kerja tanpa menghasilkan sebarang kesan lain pada setiap kitaran tersebut.
661 persamaan Clapeyron (Ig. Clapeyron equation)
Persamaan yang menerangkan perubahan fasa sesuatu bahan dan diberikan sebagai
dP/dT = D H/(TD V)
dengan P ialah tekanan, T ialah suhu semasa berlaku perubahan fasa, D H ialah perubahan kandungan haba (entalpi), dan D V ialah perubahan isipadu semasa perubahan fasa. Lih. juga persamaan Clausius-Clapeyron.
663 persamaan Dieterici
Persamaan keadaan empirik bagi gas yang diungkapkan sebagai
dengan P ialah tekanan, T adalah suhu mutlak v adalah isipadu molar, R adalah pemalar gas, a dan b adalah pemalar ciri bagi bahan yang berkaitan.
664 Persamaan Ehrenfest
Persamaan yang menyatakan bahawa untuk lengkungan fasa P(T) bagi peralihan fasa peringkat-kedua dP/dT yang bersamaan dengan
dengan P ialah tekanan, T ialah suhu, i dan f merujuk pada dua fasa, g ialah pekali pengembangan isipadu, k ialah kemampatan, Cp ialah haba tentu isipadu malar, dan dan V ialah isipadu.
665 persamaan Gibb - Helmholtz
Salah satu daripada dua persamaan termodinamik yang berguna untuk mengukur tenaga dalam, U atau entalpi, H sesuatu sistem. Persamaan ini ditulis sebagai
U = F - T dan H = G - T
dengan F ialah tenaga bebas, G ialah tenaga bebas Gibbs, T ialah suhu mutlak, V ialah isipadu, dan P ialah tekanan.
666 persamaan Gibbs - Duhem
Persamaan yang mengenakan syarat ke atas perubahan komposisi suatu himpunan keupayaan kimia bagi sistem yang terdiri daripada dua komponen atau lebih yang ditulis sebagai
SdT - VdP +
dengan S ialah entropi, T ialah suhu mutlak, P ialah tekanan ni ialah bilangan molar bagi komponen ke i, dan m i ialah keupayaan kimia komponen kecil.
668 persamaan keadaan Bertherist
Persamaan keadaan yang diterbitkan daripada persamaan Clausins dan ditulis sebagai
dengan P ialah tekanan, V ialah isipadu, T ialah suhu mutlak, R ialah pemalar gas, Tc ialah suhu genting, dan Pc ialah tekanan genting.
669 Persamaan keadaan Clausius
Persamaan keadaan yang menghubungkan tekanan, isipadu dan suhu bagi gas dan pemalar gas, ditulis sebagai
dengan P adalah tekanan gas, T adalah suhu mutlak, V adalah isipadu, R adalah pemalar gas, b adalah pemalar, a adalah pemalar bersandar suhu, n adalah bilangan mol dan c adalah fungsi terhadap a dan b.
Persamaan ini adalah pembetulan kepada persamaan van der Waals bagi membetulkan sebutan pembetulan tekanan a yang berubah dengan suhu.
671 persamaan keadaan gas unggul
Persamaan keadaan yang ditulis sebagai PV = RT, dengan P ialah tekanan, V ialah isipadu per mol gas, T ialah suhu mutlak, dan R ialah pemalar gas semesta.
674 teori muatan haba Debye
Teori muatan haba yang mengganggap atom dan molekul di dalam pepejal yang bergetar secara berasingan sebagai jasad elastik selanjar dengan struktur atom yang sedemikian rupa sehingga frekuensi getaran berhenti secara tiba-tiba pada nilai maksimum 8m m. Berdasarkan teori di atas, muatan haba molar pada isipadu malar diberikan sebagai
dengan k ialah pemalar Boltzman, h ialah pemalar Planck
675 Teori muatan haba Einstein
Teori muatan haba yang mengganggap pepejal merupakan himpunan atom dan molekul yang terikat, masing-masing bergetar secara berasingan sebagai pengayun harmonik tiga-dimensi dengan menggunakan teori kuantum, dan mengganggap atom bergetar pada frekuensi yang sama n . Persamaan muatan haba pada isipadu malar dapat diungkapkan sebagai
Cv = 3R y2 ey (ey-1)-2
dengan R adalah pemalar gas semester,
y = hn /KT, h adalah pemalar Planck, k adalah pemalar Boltzmann dan T adalah suhu mutlak.
678 Persamaan termodinamik
Persamaan yang menghubungkan perubahan boleh balik tenaga bagi sistem termodinamik terhadap tekanan, isipadu dan suhu.
679-680 Persamaan Van der Walls
Persamaan keadaan empirik yang mengambil kira saiz molekul dan daya tarikan antaranya. Persamaan ini ditulis sebagai
P = [RT/(v-b)]-(a/v2)
dengan,
P adalah tekanan, v adalah isipadu per mol,
T adalah suhu mutlak, R adalah pemalar gas dan a dan b adalah pemalar.
681 Persekutuan molikul
Pembentukan molekul ganda atau polimolekul daripada spesies tunggal, hasil daripada daya antara molekul tertentu dan sederhana kuat.
684 Petua Compton
Hukum empirik yang menyatakan bahawa haba lakuran sesuatu unsur didarab dengan berat atomnya dan dibahagi dengan takat lebur unsur itu dalam darjah kelvin yang bersamaan dengan 2.
685 Petua fasa
Hubungan yang digunakan untuk menentukan bilangan keadaan pembolehubah F, biasanya dipilih antara suhu, tekanan, dan komposisi spesies dalam setiap fasa yang memenuhi persamaan keadaan termodinamik dalam keseimbangan.
F = C - P - M + 2 dengan
C adalah bilangan spesis kimia yang ujud pada kesaimbangan, P adalah bilangan fasa dan M adalah bilangan tindak balas kimia yang bebas.
687 Pewapcairan Bose-Einstein
Fenomena yang berlaku dalam sistem boson, iaitu terdapat suhu genting, iaitu untuk suhu kurang daripada suhu genting ini keadaan dasar akan dihuni dengan banyaknya.
689 Piezometer
Alat yang digunakan untuk mengukur tekanan bendalir atau kemampatan sesuatu bahan.
690 Pirometer
Peranti untuk mengukur suhu, yang awalnya dibina untuk mengukur suhu tinggi, tetapi sekarang digunakan untuk mengukur sebarang suhu.
694 piroteknik
Ilmu seni dan sains penyediaan dan penggunaan bunga api.
698 prinsip Avagadro
Prinsip yang menyatakan bahawa dua isipadu gas yang sama yang berada pada tekanan dan suhu yang sama mempunyai bilangan molekul yang sama.
701 proses adiabatik
Proses termodinamik dalam suatu sistem yang tidak mengalami tukar ganti haba dengan sekitaran.
702 proses boleh berbalik
Proses termodinamik yang boleh kembali ke keadaan asalnya secara sempurna dengan membuat sedikit perubahan yang tidak menentu pada keadaan luaran.
Proses yang berlaku tanpa mengalami sebarang perubahan entalpi.
705 Proses isentropik
Perubahan yang berlaku tanpa mengalami pertambahan atau pengurangan entropi, seperti proses boleh berbalik dan adiabatik.
706 proses isobar
Proses termodinamik bagi gas yang pemindahan haba daripada, atau kepada sistem gasnya menyebabkan perubahan isipadu pada tekanan malar.
707 proses isokor
Proses termodinamik bagi gas yang pemindahan haba daripada, atau kepada sistem gasnya tidak menyebabkan perubahan isipadu.
708 proses isometri
lih proses isokor.
Proses yang berlaku pada suhu malar
lih. proses isokor.
lih. proses boleh berbalik.
Proses adiabatik tak boleh berbalik yang gasnya mengembang dari kurungan pertama ke kurungan kedua yang berada pada tekanan yang lebih rendah daripada kurungan pertama.
lih. proses isokor.
Proses yang tidak boleh kembali ke keadaan asalnya dengan perubahan tak terhingga pada keadaan luaran tertentu.
Fenomena pembauran salah satu juzuk larutan campuran akibat perbezaan suhu larutan campuran tersebut.
Ruang yang mempunyai dua darjah kebebasan, satu daripadanya untuk koordinat teritlak, dan satu lagi untuk momentum yang berkaitan.
Sebatian yang mempunyai dua unsur, setiap unsurnya boleh mempunyai lebih daripada satu atom, contohnya SiO2
Keadaan atau sistem yang mempunyai entropi malar.
Selaput yang membenarkan pelarut melaluinya tetapi tidak membenarkan sebatian terlarut atau koloid.
Antara muka yang memisahkan dua fasa atau lebih, misalnya cecair-gas, cecair-pepejal, gas-pepejal; atau bahan tak bercampur, misalnya cecair-cecair atau pepejal-pepejal.
Kuantiti bungkusan salji atau sampel salji yang disetarakan dengan kedalaman air yang terhasil daripada pencairan salji tersebut.
Suhu ketika pergerakan molekul dalam jasad terhenti kerana tidak memiliki tenaga haba. Nilai suhu ini bersamaan dengan 0 K = – 273.16oC.
Sifat yang bersandar pada kuantiti bahan suatu sistem, misalnya isipadu atau tenaga dalaman.
Sifat yang tidak bersandar pada kuantiti atau bentuk sesuatu bahan, misalnya suhu, tekanan, atau juzuk.
Sifat fizik yang berubah dengan suhu dan boleh digunakan untuk mengukur suhu.
Tenaga yang dipancarkan oleh pepejal, cecair, atau gas dalam bentuk gelombang elektromagnet akibat kenaikan suhu.
Pemancaran tenaga sinaran oleh jasad hitam pada suhu tetap. Kadar pancaran ini diungkapkan oleh hukum Stefan-Boltzmann dengan taburan tenaga spektrumnya dinyatakan oleh persamaan Planck.
Sistem yang dikekalkan pada suhu yang amat rendah.
Sistem yang memancarkan gelombang elektromagnet akibat kenaikan suhu
Sistem yang tidak mengalami pertukaran tenaga atau jirim dengan persekitaran.
Jujukan nombor yang mewakili nilai suhu. Jujukan nombor tersebut dibina dengan memilih dua titik tetap yang dicam daripada sifat tertentu bahan, dan di antara dua titik ini dibuat pembahagian kecil berdasarkan asas tertentu. Contohnya, untuk skala Celsius, sebanyak 99 pembahagian dibuat di antara titik ais dan titik didih air tulen.
Skala suhu yang titik ais ditetapkan sebagai 0o dan titik wap air pada tekanan udara satu atmosfera sebagai 100.
Skala suhu yang titik ais ditetapkan sebagai 32o dan titik wap air pada tekanan udara satu atmosfera sebagai 212.
Skala suhu yang sifar mutlaknya diberikan bacaan sifar dan sela suhunya bersamaan dengan skala suhu Celsius. Suhu pada skala Kelvin diperoleh dengan menggunakan perkaitan yang berikut:
K = C + 237.15
solidus
Lokus titik pada rajah keseimbangan yang mewakili suhu. Pada suhu yang berada di bawah lokus ini kebanyakan komposisi bahan berakhir dengan membeku apabila disejukkan atau mula mencair apabila dipanaskan.
Jalur panjang gelombang sinaran elektromagnet, sama ada berbentuk diskret atau selanjar, yang diserap oleh suatu objek apabila menerima sinaran dari suatu sumber.
763 statistik Bose- Einstein
Statistik zarah sepercaman yang mempunyai spin integer dan fungsi gelombang yang simetri dengan saling tukaran zarah, serta tidak menghalang sebilangan zarah itu untuk berada dalam keadaan yang sama secara serentak.
764 statistik Fermi-Dirac
Statistik zarah sepercaman yang mempunyai spin setengah integer dan fungsi gelombang yang antisimetri dengan saling tukaran zarah, serta memenuhi prinsip eksklusi Pauli.
Suhu medium, seperti gas dan cecair, yang mengelilingi dan bersentuhan dengan radas atau tindak balas.
Suhu bagi gas yang pekali virialnya, B, C, dan seterusnya dalam persamaan keadaan Pv = RT(1 + (B/v) +(C/v2) + …… ) terhapus, dengan P ialah tekanan, R ialah pemalar gas semsta, dan T ialah suhu mutlak.
Suhu sesuatu jasad yang menggunakan skala Celsius.
Suhu, q , yang terdapat dalam persamaan pengiraan haba tentu Debye, kq = hn dengan k ialah pemalar Boltzmann, h ialah pemalar Planck, dan v ialah frekuensi Debye. bd. teori muatan haba Debye.
Suhu yang menandakan peralihan dari sifat keferomagnetan ke sifat keparamagnetan, atau dari fasa feroelektrik ke fasa paraelektrik. titik Curie.
Suhu yang dinyatakan dalam skala Fahrenheit.
Suhu, q F, yang terdapat dalam persamaan fungsi taburan Fermi-Dirac dan memenuhi kaitan kq = EF, dengan E ialah tenaga paras Fermi bagi himpunan fermion dan k ialah pemalar Boltzmann.
Suhu pada titik genting peralihan fasa cecair-wap.
Suhu yang dinyatakan dalam skala Kelvin.
Suhu yang diukur pada skala suhu termodinamik.
796 suhu neutral
Suhu pada simpangan panas pada termogandingan yang daya gerak elektrik termogandingannya mencapai nilai maksimum apabila simpangan sejuk ditetapkan pada suhu malar 0oC.
797 suhu neutron
Suhu, T, untuk suatu himpunan neutron yang terdapat dalam persamaan T = 2E/3K, dengan E ialah purata tenaga neutron dan k ialah pemalar Boltzmann.
800 suhu peralihan
Suhu ketika berlakunya perubahan agregat suatu sebatian kimia.
Suhu ketika berlakunya pengwapcairan suatu bahan
803 suhu songsangan (Ig. inversion temperature)
Suhu yang mesti ditinggikan pada salah satu simpangan termogandingan untuk mendapatkan daya gerak elektrik termoelektrik di dalam litar menyamai sifar, dan pada simpangan yang satu lagi ditetapkan pada suhu rendah.
805 Suhu songsangan Joule-Thomson
Suhu yang berubah tanda dalam kesan Joule-Thomson.
806 suhu spin
Suhu yang diungkapkan dalam persamaan taburan Boltzmann bagi sistem spin elektron di dalam kekisi.
811 superdingin
Keadaan lebih sejuk daripada paras yang fasanya patut berubah daripada fasa gas kepada fasa cecair, atau fasa cecair atau pepejal. bd. superhaba.
812 Supertepu
Keadaan yang wujud dalam sebahagian atmosfera apabila kelembapan bandingan melebihi 100% daripada kelembapan di permukaan air tulen atau ais tulen.
813 susulan pencucuhan
Sela masa antara laluan pencucuh dan nyalaan bagi campuran udara-bahan api di dalam enjin pembakaran dalam.
824 tak stabil
Keupayaan sesuatu sistem untuk berubah secara spontan.
825 tak tepu
Keadaan sesuatu sebatian yang mempunyai lebih daripada satu ikatan antara atom-atom bersebelahan dan akan bertindak terhadap penambahan atom lain pada titik tersebut.
827 tak varian adiabatik
Kuantiti fizik yang mungkin akan mengkuantum, tetapi pada darjah penghampiran tertentu kuantiti ini tidak berubah dengan perubahan sebarang parameter yang perlahan.
828 titik ais
Titik tetap pada skala suhu ketika udara, ais tulen, dan air tulen berada dalam keseimbangan pada tekanan piawai 1 atmosfera.
831 takat embun
Takat suhu dan tekanan ketika gas mula mengewapcair.
832 takat lebur
Takat suhu ketika pepejal bahan tulen mula berubah kepada cecair.
836 takat stim
Takat suhu air tulen pada tekanan piawai 1 atmosfera, yang ditentukan sebagai 100o pada skala Celsius.
838 tarikan van der Waals
Daya tarikan antara dua atom atau molekul tak berkutub hasil saling tindakan momen dwikutub aruhan atom atau molekul berkenaan.
840 tegasan terma
Tegasan mekanik dalam jasad yang berlaku apabila jasad tidak dapat mengembang atau mengecut secara bebas dengan perubahan suhu.
844 tekanan genting
Tekanan pada takat genting cecair-wap.
846 tekanan lampau (Ig. overpressure)
Tekanan fana yang melebihi tekanan atmosfera asal disebabkan oleh suatu letupan.
848 tekanan separa (Ig. partial pressure)
Tekanan yang sepatutnya dihasilkan oleh salah satu komponen campuran gas apabila tekanan itu sahaja yang wujud di dalam bekas tersebut.
851 tekanan wap (Ig. vapour pressure)
Tekanan yang dikenakan oleh wap ke atas suatu bahan apabila tekanan itu berada dalam keseimbangan dengan bahan tersebut.
854 tenaga bebas (Ig. free energy)
Tenaga dalaman suatu sistem ditolak hasil darab suhu dengan entropinya. tenaga bebas Helmholtz.
855 fungsi Gibb (Ig. Gibb’s function)
Fungsi termodinamik G = H - TS, dengan H ialah entalpi, T ialah suhu mutlak, dan S ialah entropi. tenaga bebas Gibb.
859 tenaga dalam (Ig. internal energy)
Tenaga keseluruhan yang terdiri daripada tenaga intrinsik bagi molekul individu, tenaga kinetik bagi gerakan dalaman, dan saling tindakan antara molekul, yang mencirikan keadaan sistem termodinamik.
861 tenaga Fermi (Ig. Fermi energy)
Tenaga dalam pepejal yang purata bilangan zarah per keadaan kuantumnya ialah ½, iaitu separuh daripada keadaan kuantum itu terisi.
871 tenaga penceraian (Ig. dissociation energy)
Tenaga yang diperlukan untuk penceraian lengkap atom-atom dalam suatu molekul .
872 tenaga penceraian molekul dwiatom (Ig. dissociation energy of diatomic molecule)
Tenaga penceraian bagi molekul dwiatom.
873 tenaga pengujaan (Ig. excitation energy)
Tenaga minimum yang diperlukan untuk mengubah sesuatu sistem daripada keadaan dasar kepada keadaan pengujaan.
875/6 tenaga sinaran (Ig. radiant energy)
Tenaga gelombang elektromagnet yang dipancarkan menerusi ruang atau medium.
877 tenaga takat sifar (Ig. zero point energy)
Jumlah tenaga dalaman dalam sesuatu sistem pada suhu sifar mutlak.
878 tensor tekanan (Ig. pressure tensor)
Tensor dalam kajian magnetohidrodinamik yang beranalog dengan tekanan dalam mekanik bendalir.
teorem Carnot
1 Teorem yang menyatakan bahawa semua enjin Carnot yang beroperasi antara dua suhu tertentu mempunyai kecekapan yang sama, dan tidak ada enjin haba berkitar lain yang beroperasi antara dua suhu tersebut mempunyai kecekapan lebih daripada enjin Carnot.
2 Teorem yang menyatakan bahawa sebarang sistem mempunyai dua sifat iaitu suhu termodinamik, T dan entropi, S sehingga jumlah tukar ganti haba, Q, dalam proses boleh berbalik tak terhingga diberikan sebagai dQ = T dS.
881 Teorem-H-Boltzmann
Teorem yang menyatakan bahawa entropi sesuatu sistem tidak pernah berkurang.
883 Teorem haba Nernst
Teorem yang menyatakan bahawa kadar perubahan tenaga bebas bagi sistem homogen terhadap suhu, dan kadar perubahan entalpi terhadap suhu, akan menghampiri sifar apabila suhu menghampiri suhu sifar mutlak.
889 Terma
(ii) Sesuatu yang berkaitan dengan haba.
893 Termometer Beckmann
Termometer raksa di dalam kaca yang direka bentuk khusus untuk mengukur perbezaan suhu yang kecil.
894 Termometer dwilogam
Termometer yang bergantung pada pengembangan kepingan loyang dan besi yang dilekatkan bersama. Apabila dipanaskan, kepingan dwilogam ini akan membengkok kerana loyang mempunyai pekali pengembangan linear yang lebih tinggi daripada besi. Pengembangan ini direkodkan pada skala suhu.
895 Termometer gas isipadu malar
Termometer yang menggunakan gas yang tekanannya berubah dengan suhu dan isipadunya tetap. Nilai suhu, q , pada skala Celsius dikira menggunakan persamaan:
Po - tekanan pada takad ais.
P100 - tekanan pada takad wap.
896 Termometer gas tekanan malar
Termometer yang menggunakan gas yang isipadunya berubah dengan suhu dan tekanannya tetap. [bd. Termometer gas isipadu malar]
897 Termometer klinik
Termometer raksa dalam kaca yang menjerut tiub rerambut untuk menghalang raksa pada turus daripada mengalir semula ke dalam takungan. Selepas suhu direkodkan, termometer ini digoncang untuk mengembalikan semula raksa ke takungan.
898 Termometer rintangan-platinum
Termometer yang menggunakan sifat kerintangan platinum yang bersandar pada suhu.
899 Termometer turus raksa
Termometer yang menggunakan raksa sebagai bahan yang berubah sifat terhadap suhu.
Unit tenaga haba, iaitu tenaga yang diperlukan untuk menaikan suhu 1 tan air dari 14.5oC ke 15.5oC pada tekanan malar 1 atmosfera piawai.
( lih proses boleh berbalik)
Suhu dan tekanan ketika dua fasa bahan yang berada dalam keseimbangan menjadi seiras dan membentuk satu fasa.
Suhu yang haba tentu bahan mempunyai titik maksimum yang tajam, yang dikesan pada kebanyakan peralihan peringkat kedua.
peralihan peringkat kedua
Perubahan keadaan yang tenaga bebas bahan dan terbitan peringkat pertamanya merupakan fungsi selanjar terhadap suhu dan tekanan, atau terhadap pemboleh ubah sepadan yang lain.
Suhu ketika kelikatan kaca bernilai 1013 poise
lih. suhu songsangan.
Titik tetap pada skala suhu ketika air tulen mendidih pada tekanan piawai.
Suhu dan tekanan tertentu ketika tiga fasa sesuatu bahan dapat wujud dalam keseimbangan secara serentak.
Perubahan yang berlaku dalam bahan tanpa mengalami pemindahan tenaga haba.
Mesin yang digunakan untuk menjana kuasa mekanik putaran yang dihasilkan daripada tenaga aliran bendalir.
Unit tenaga haba yang bersamaan dengan haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 paun air dari suhu 60o ke 61 oF pada tekanan malar piawai satu atmosfera.
Unit isipadu yang bersamanan dengan isipadu 1 mol gas pada tekanan 1 atmosfera piawai dan suhu 0oC.