Kemaskini:  8 Julai 2014

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

STSF1413 Sains Fizis

Semester I Sesi 2014/2015

 

Pensyarah

 

Prof DatoÕ Dr Roslan Abd. Shukor (Fizik), Penyelaras Kursus, Web: www.ukm.my/ras

Dr Mohd Hafiz Ruslan (Fizik)

Dr Zahari Ibrahim (Fizik)

Dr Siti Fairus Mohd Yusoff (Kimia)

 

Download - Contoh Soalan Peperiksaan

 

Objektif Kursus:

 

Kemajuan teknologi pada hari banyak bergantung kepada penemuan baru dalam sains fizikal.  Kemajuan pesat dalam bidang optik dan elektronik telah memajukan bidang tekonologi maklumat seperti internet.  Kursus ini mendedahkan kepada pelajar topik-topik dan penemuan terkini dalam fizik, kimia dan sains bahan serta peranannya dalam pembangunan teknologi.

 

Sinopsis Kursus

 

 

Bahagian Fizik  - Bahan Termaju, Tenaga dan Elektronik

 

Bahan Termaju (download nota) – Atom dan subatom. Struktur makroskopik dan mikroskopik. Pemerihalan dan kegunaan bahan-bahan berikut: penebat, semikonduktor, logam, seramik, kaca, bahan konduksi ion, gentian optik, bahan magnet, aloi ingat bentuk, filem nipis dan sensor. Bahan bagi teknologi sedang muncul: superkonduktor suhu tinggi (download nota), bahan elekktronik termaju dan nanoteknologi, bahan pintar dan bahan swa-himpun.

 

Nanozarah Fe3O4

Nanorod Ag id atas substrat STO

 

Elektronik - Pengenalan kepada komponen asas elektronik, pembekal kuasa, osiloskop, multimeter, penjana isyarat dan alat-alat lain. Diod - teori dan aplikasi. Transistor dwikutub - teori dan aplikasi. Aplifier pengoperasian - teori dan aplikasi. Elektronik Digit - teori dan aplikasi.

 

Tenaga - Bahagian  tenaga  dimulai dengan bahagian fizik yang menerangkan takrif tenaga dalam fizik: kerja, tenaga dan kuasa. Dalam kehidupan seharian tenaga yang diperoleh adalah dalam bentuk tenaga mekanik, tenaga upaya, tenaga haba, tenaga cas yang bergerak, tenaga magnet, tenaga sinaran dan tenaga pembelahan nuklear. Tenaga ini boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain yang boleh digunakan. Sumber tenaga adalah tenaga lazim seperti tenaga dari minyak, gas dan arang batu, dan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin, biojisim, biogas dan hidro. Penjanaan tenaga lazim menyebabkan kesan alam sekitar seperti pencemaran alam dan juga pemanasan sejagat. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui. Jenis-jenis dan klasifikasi bahan.

 

Bahagian Kimia

 

Bahagian kimia pula terbahagi kepada empat bahagian besar. Bahagian pertama adalah asas yang berkaitan keadaan semulajadi atom dan molekul sesuatu pepejal, cecair dan gas dan seterusnya memperkenalkan sifat kimia dan fizik sebahagian unsur dan sebatian penting. Bahagian kedua pula memperkenalkan sebahagian proses-proses bahan kimia utama industri yang telah dikembangkan pada abad kedua puluh dan kaitan proses-proses tersebut kepada kesejahteraan masyarakat. Bahagian ketiga adalah pengenalan kepada kimia organik dan aspek molekul sistem biologi terutama sebatian semulajadi. Bahagian terakhir pula adalah merangkumi tajuk bidang pertanian dan alam sekitar dan akan membincangkan peranan kimia dan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran dan racun perosak serta penggunaan bahan radioaktif dalam bidang perubatan.

 

 

Rujukan:

 

i) Callister W.D. 2007. Materials Science & Engineering, 7th Edition, John Wiley, New York

ii) Serway, R.A., Moses, C.J., Moyer, C.A., 2005. Modern Physics, 3rd edition Thompson Brooks Cole, Belmont, California.

iv) Joesten, M.D. 2006. The World of Chemistry. USA: Harcourt Brace College Publishing.

v) Snyder, C. H. 2003. The Extraordinary Chemistry of Ordinary Things. 4th Ed., New York: John Wiley & Son.

 

Peperiksaan dan Gred:

 

Pertengahan Semester (Bahagian Fizik)

50 %

Peperiksaan Akhir - Bahagian Kimia

50 %

Jumlah

100 %